Tuesday 3 January 2012

MeRiNdUiMu

hari ini , hari pertama ak bersekolah sebagi student tingkatan 6 atas . di sekOlah itu , di dalam kelas itu , di tempat itu pernah didiami oleh seorang lelaki yang pernah membahagiakan aku seketika dahulu . guru subjek ekOnOmi sedang mengajar anak muridnya di depan , tetapi fikiran aku tiba-tiba menerewang . peristiwa tahun lepas kini segar dalam ingtan aku . peristiwa yang sudah 3 tahun berlaku dalam hidup aku xdapat aku lupakan sehingga hari ini , inikan pula baru beberapa bulan . apa yang guru sedang mengajar pun aku tidak tahu . jasad aku saja yg berada d dlm kls itu tetapi rOh ak ??entah melayang ke mana . yang aku tahu aku rindukan dia . aku nak dia kembali dlm hidup aku semula seperti dulu . 
kenapa sukar sangat untuk kita temui cinta sejati kita ? aku tahu ini semua ujian untuk aku . aku pasrah ya allah . bukan redha ! 

                                                                       *   *   *   *   *

  " hye , mana ariff ? " tegur seorang lelaki yang aku sendiri tidak mengenalinya . yang aku tahu dia adalah salah seorang dripda kawan baik abang aku . 
dengan senyuman yang manis aku menjawab " sebentar lagi di sampai .mungkin dia lewat sedikit " .
dia membalas senyumanku , lantas aku pergi meninggalkan lelaki itu dan menuju ke kelas aku untuk meneruskan tugas aku sebagai seorang pelajar . 
    hari-hari aku ke sekolah seperti biasa , tetapi pada hari itu lagi sekali lelaki itu menegur aku seseolah kami sudah kenal rapat sebelum ni . hari berikutnya aku cuba mencari identiti lelaki misteri itu . aku terasa ingin mengenalinya dengan lebih dekat . tidak mungkin aku menanyakan pd abang aku sendiri kerana aku bukannya akrab pn dengn abang aku . 
  "kakak , tOlong sampaikan salam saya kepada lelaki itu ye ? " dengan mengangkat jari telunjuk aku lantas aku ajukan kepada lelaki tersebut yang sedang minum d beranda kelasnya itu . 
   dengan muka yang tiada jawapannya lantas kak itu menjawab " Owh , itu Faris . Okey , nanti akak sampaikan . ada pape pesanan lagii ? " dengan nada yang aku sendiri tidak tahu adakah senior aku itu menganjingkan aku atau sebaliknya . pelik . hmm ... kenapa perlu di fikirkan . aku cuma berkirim salam je . 
" tq akak " dengan slumber aku menjawab . 
  " sama-sama " . lantas kakak itu pergi meninggalkan kelas aku .
       dari jauh aku selalu perhatikan dia .. selang beberapa jam kakak tai datang pada aku lantas berkata " adik , dia jawab salam adik dan dia kirim salam dkt adik semula " 
  "wassalam . " dengan  perasan aku sendiri tidak tahu aku tersenyum macam Orang gila bayang ! " damnn ! xmungkin ! xmungkin perasaan ni muncul kembali dlm hidup aku .sdgkan entah siapa lelaki itu , asal dari mana , macam mana latar belakangnya aku sendiri tidak tahu ! xmgkn aku menyukai dia . ya allah , hapuskan perasaan ini ! " aku berbicara sendiri . 
  " hey , kuat mengelamun . ke dah fallin in lOve ? " jerkak kakak tadi kepada aku . ish , kenapa dengan aku ni . bila masa pulak aku mengelamun ? arhh , gila ke aku dah jatuh cinta . aku tak nak d kecewakan lagi . cukuplah aku menderita selama ini . 
  " xada lah kak . saja je . tq kak . " aku tersipu-sipu menjwabnyer .
 " kalau macam tu , akak masuk kelas dulu ye . bye " dengan laju kakak itu prgi meninggalkn aku . mungkin ada guru di dalam kelasnya atau mungkin dia ada kerja lain yang harus di siapkan . hmm ... 
     setelah berkirim salam , mungkin dia juga ingin mengenali aku dengan lebih dekat atau ..... hmmm . tak kisah lah yang penting aku dah tau siapa lelaki itu . Faris , hmmm ... bOleh tahan . 
  " adik , Faris mintak nombor telefon adik . nak bagi tak ?? " kakak yang hari tu datang menyapa aku . dengan terkejut , gembira semua brcampur baur . apakah semua ini ? alangkah gembira nya hati aku pada hari itu . 
 " Owh , bagi je la " itu saja yang mampu bersuara . 
      selepas pulang dari sekOlah aku tertunggu-tunggu panggilan dari dia . handphone aku sentiasa berada d tangan aku . kenapa aku begitu teruja ??? kenapa aku tertunggu-tunggu ?? apakah semua ini ?pada waktu malam aku menyiapkan kerja rumah yang cikgu aku berikan untuk di semak esOk hari .
    tiba-tiba nada lagu love story iaitu lagu favourite aku bernyanyi-bernyanyi d handphone aku menandakan ada panggilan masuk . tak ada nama , nombor yang xd kenali . hmm ... ia membuat aku lmbat mengangkatnya . arhh , mungkin Faris . ya allah , macam mana ni . dengan gementar aku mnjawabnya . 
" hello " kedengaran suara seorang lelaki d hujung talian . 
  " hello , siapa ni ? " aku tahu itu dia tapi aku buat-buat tnya . 
"Faris ni . Fariha ke ni ? adik Ariff ?? " lelaki itu menyOal aku , mungkin dia takut tersalah nombor ke .
   " ye saya . Owh Faris . ada apa ? " ya allah , kenapa aku menanyakan sOlan tu . seseolah aku xsudi ingin menjwabnya ,
" xade pape . saja je . knp ? xboleh call ke ? " dalam nada yang kecewa mungkin , lelaki itu menjawab. d belakang dengar suara kawan-kawan dia yang menyampuk .
    " Owh , Okey je . hmm ...  dekat mana ni ? kenapa bising sangat ? " aku menjawab seseolah aku dengan dia macam kawan baik . 
" dekat kelas . baru habis kelas malam . ada buat discussion sikit dengan kawan-kawan . " lupa pula aku yang dia bakal menduduki STPM tahun ni . hmmm ...  tiba-tiba , masing-masing senyap . " bOleh tanya ? " Faris memulakan perbualn itu lagi supaya kedaan tidak terlalu tegang . 
 " Owh , tnya je la . apa dia ? " dengan rasa bingung aku membalanya .
" kenapa awk kirim salam dekat sy ? " nada yang sedikit pelik lelaki itu menyOal aku . apa punya soalan la lelaki ni . urhh . mcm mana aku nak mejawabnya ?? aku sendiri tidak tahu kenapa . perlukah aku berterus-terang atau menipu ??? hmm .. mungkin terlalu awal untuk aku berterus-terang . " kenapa diam ?? " lelaki itu membuat aku terperanjat je . 
 " hmm . sja je . knp ? xbOleh ke ? salah ke ? " dengan aku sendiri tidak tahu ap jawapan aku itu , apa yang dia sedang fikirkn . atau dia tidak suka aku buat macam tu terhdap dia .arhh . aku xde buat pape pn , aku cuma ingin mengenali dia je . xkan itu pun xboleh . 
 " Owh , boleh je . xsalah pun . Okey lah , saya nak naik asrama pula . kita text Okey " lelaki itu menjawab dengan slumbernyadan memutuskan perbualan kami .
  selepas lelaki itu mematikan panggilan itu , apa lagi . menjerit-jerit la aku . macam Orang kena rasuk pun ada , macam orang gila pun ada .  gembiranya d hati aku hanya tuha saja yang tahuu . 
  selepas malam itu , hari-hari kitaorang contact . aku hanya ada dia dan mungkin dia pun hanya ada aku . aku bahagia bila di samping dia . sehari xde panggilan dari dia aku merasa sunyi saja hidup aku ini . walaupun kitaorng selalu melihat dari jauh d sekolah . hmmm ... semakin lama aku rasa diri dia semakin berarti dalam hidup aku . setiap malam aku merindui dia . hanya wajah dia yang berada dalam fikiran aku . selalu fikirkan dia . apa semua ini ? rindu , sayang ! ini semua adalah cinta ! cintaa ??? ya , cinta .. yang kita xboleh mengungkapkannya tapi kita hanya boleh merasainya .

                                                                                                                                   Bersambung.........




















1 comment:

  1. well done! tp gambar header tu buleh tukar la...

    ReplyDelete